KARI IKAN SEMBILANG gerai Mak Alang ini terletak di Kampung Matang Pasir, Matang, Taiping.
GPS Gerai Mak Alang (GPS N 04 ° 46'21.2 "E 100 ° 40 '48 .4")

RESTORAN ADAM LAI - MASAKAN CINA MUSLIM
|
Khas buat penggemar masakan Cina Muslim, Restoran Adam Lai secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai, pada hari Ahad 11 Mac 2012, di No.69-G, Jalan Pahat H 15/H, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Cawangan ke-dua Restoran Adam Lai dibuka pada 11 November 2012, terletak di No. 93A Jalan Prima SG 3/2, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Restoran ke-tiga Restoran Adam Lai mula beroperasi pada 11 Oktober 2013, terletak di No. 1, Jalan Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Sham char Kuey Teow 696
Kredit Artikel: Sinar Harian
JIKA ingin menikmati hidangan char kuey teow yang terkenal dan paling sedap di Shah Alam, kunjungilah Sham Char Kuey Teow 696 yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam.
Hidangan hasil air tangan Shamsul Aswad dan isterinya, Jamilah Ahmad memang terbaik pernah penulis rasai.
Char kuey teow mereka cukup basah, cukup sempurna rasanya dengan manis, masin dan masam ditambah pula dengan udang galah, udang biasa, sotong dan kerang serta dimakan bersama-sama telur mata kerbau. Memang hidangan di sini membangkitkan selera sesiapa sahaja yang datang.

Selain char kuey teow, ada beberapa hidangan lain yang turut menanti pelanggan yang berkunjung ke sini. Ada nasi goreng udang galah, mi goreng special dan banyak lagi.
Satay AK24, burger otai dan otak-otak juga ada disediakan buat pengunjung setia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan char kuey teow basah ini dan jadikan Sham Char Kuey Teow 696 sebagai restoran pilihan utama anda nanti.
Rahsia laris char kuey teow
Resipi buatan sendiri tarik ratusan pelanggan nikmati hidangan terbaik
Char kuey teow merupakan hidangan yang popular di negara ini. Serata negeri ramai yang menjualnya, namun jika mahu merasakan yang terbaik, anda boleh mencuba hidangan ini di Sham Char Kuey Teow 696.
Terletak di Seksyen 19, Shah Alam, restoran yang beroperasi setiap hari bermula pukul 4 petang hingga 12.30 malam menawarkan kepelbagaian char kuey teow terbaik untuk dinikmati semua pelanggan.
Ada char kuey teow kosong, char kuey teow udang + kerang, char kuey teow sotong + udang galah, char kuey teow sotong + udang biasa, char kuey teow udang galah + kerang + telur mata dan banyak lagi.
Yang paling istimewa adalah char kuey teow serangkai yang di campur sotong + udang galah + kerang berharga RM13 dan nasi goreng udang galah RM8 untuk sepinggan.
Pemiliknya, Shamsul Aswad Ahmad, 36 berkata, char kuey teow yang dihasilkan bersama isteri tercinta, Jamilah Ahmad 44, memang mempunyai kelainan yang tersendiri.
Menurutnya, dalam setiap hidangan, beliau dan isteri akan pastikan yang rasa setiap char kuey teow ada manis, masam dan masin. Ketiga-tiga rasa ini, jika ada dalam sepinggan akan menjadikan char kuey teow anda cukup sempurna.
"Dicampur pula dengan sayur kuchai dan tauge serta sedikit jeruk cili hijau yang rasanya enak, pedas dan manis masam serta sedikit menyengat, tentunya akan menyedapkan hidangan berkenaan," kata Shamsul Aswad.
Ujar anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini lagi, untuk menyedapkan lagi masakan char kuey teow itu, dia menggunakan adunan kicap dan sos buatan sendiri.
"Saya juga akan memastikan setiap hidangan bagi sepinggan char kuew teow mempunyai kuah yang lebih dan banyak untuk dihirup kerana itulah ciri-ciri char kue teow yang menjadi pilihan.
"Ada beberapa pelanggan yang pertama kali merasai hidangan saya ini dan akhirnya menjadi pelanggan tetap," katanya sambil tersenyum.
Bahan mentah berkualiti
Pasar borong Selayang dijadikan lokasi utama bagi Shamsul Aswad dan isterinya membeli bahan mentah yang segar dan berkualiti.
Udang galah, udang biasa, kerang, sotong, sayur-sayuran dan banyak lagi di beli oleh mereka berdasarkan keperluan.
"Dekat sini, harganya cukup murah dan berpatutan berbanding tempat lain. Malah, kebanyakan udang, kerang, sotong dan ikan yang dijual mempunyai pelbagai jenis dan banyak pilihan selain segar-segar semuanya," katanya.
Sambung Shamsul Aswad lagi, ada ketika dia turut mengambil bekalan udang galah di Alor Setar, Kedah kerana udang galah dari sana cukup besar dan segar. Saiznya juga ada yang besar dan kecil serta harganya berpatutan.
Minuman murah
Sudahlah menyediakan hidangan sedap, minuman yang ditawarkan juga murah dan sangat berbaloi.
Bayangkan, harga bagi segelas teh o, kopi o, sirap, limau sama ada untuk panas atau sejuk, hanya berharga RM1. Murah bukan.
Shamsul Aswad berkata, harga murah yang dikenakan pada minuman tertentu bukanlah sekadar promosi semata-mata sebaliknya itu sudah dilakukan semenjak Sham Char Kuey Teow 696 baru beroperasi setahun lalu.
"Kita masih kekalkan harga walaupun kebanyakan barangan sudah mengalami kenaikan harga.
"Setakat ini, harga berkenaan tidak menjejaskan perniagaan char kuey teow sebaliknya rezeki kami makin bertambah," akhirinya kepada Citra.

Beroperasi setiap hari kecuali Sabtu, bermula pukul 4 petang hingga 12.30 malam. Turut mempunyai kiosk yang menawarkan hidangan sedap iaitu satay AK24, burger otai dan otak-otak. |
Makanan istimewa, char kuey teow serangkai RM13 dan nasi goreng udang galah RM8.
Rahsia Sham Char Kuey Teow 696 menjadi pilihan ramai kerana menggunakan kicap dan sos hasil buatan sendiri. |
Minuman istimewa: Lay Chee Kang RM3.50, laici buah RM2.50 dan sirap laici RM2.70
Waktu perniagaan bermula jam 6 petang setiap hari. Layari facebook Sham Char Kuey Teow untuk maklumat lanjut |