250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur, 2 atau 3 biji
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Kemudian ketepikan dahulu.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan perwarna berlainan seperti warna pelangi, iaitu ungu, biru, hijau, kuning, oren, merah.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 12-15 minit atau sehingga masak (mengikut keadaan oven masing-masing).
CUCI HANDBAG SAMPAI BERSIH & PUAS HATI << KLIK SINI
KEK LAPIS SARAWAK SEDAP ADA DI SINI << KLIK SINI