TENTANG MAKAN
  • Blog
  • Tentang Makan
  • Hantar Resipi
  • Restoran Pilihan
  • Hubungi

MEE KARI KERANG

5/12/2014

Comments

 
Picture
Bahan bahan :

1/2 ekor ayam - di potong kecil
6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya


Bahan Kisar :

6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)


Bahan Tumis :

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk


Bahan-bahan untuk mee dan hiasan :

1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Tauge - goreng tanpa minyak
Bawang goreng


Cara-cara Penyediaan:

Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.

Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.

Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.

Masukkan fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.

Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.

Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.


Cara Menyediakan Mee Kari Kerang:


Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, tauge, telur rebus dan tauhu goreng.

Tuangkan kuah di atas mee tadi.

Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng.

Sedia untuk dimakan.


Kredit Resipi: Azie Kitchen

CUCI HANDBAG SAMPAI BERSIH & PUAS HATI << KLIK SINI

KEK LAPIS SARAWAK SEDAP ADA DI SINI
<< KLIK SINI


DOBI & CUCI CARPET AMBIL & HANTAR KE RUMAH << KLIK SINI
Comments

LAKSA TERANGKAT

4/12/2014

Comments

 
Picture
AHAN-BAHAN:
  • 1kg laksa | direndam dan dicelur seketika
  • 1kg ikan sardin | dikisar
  • 200gm cili kering | dikisar
  • 3 biji bawang | dikisar
  • 3cm belacan | dikisar
  • 6 batang serai
  • 50gm daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • Asam keping secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 3 liter air
  BAHAN-BAHAN HIASAN:
  • 5 ekor ikan sardin rebus | dibelah dua dan dibuang tulang
  • 100gm timun | dihiris memanjang
  • 3 biji bawang besar | dihiris
  • 3 biji cili masak | dihiris
  • 1 biji nanas | dihiris
  • Telur rebus secukupnya
  • Daun pudina secukupnya
  • Daun salad secukupnya
  • Limau nipis secukupnya
 

CARA MEMASAK:

1 Rebus ikan sardin bersama air dan asam keping sehingga lembut. Angkat dan keluarkan ikan tadi.
2 Asingkan isi sardin dan tulangnya. Kisar tulang sardin dan tapis, ambil airnya. Masukkan ke dalam lebihan air rebusan tadi.
3 Kisar isi sardin dan masukkan ke dalam air rebusan tadi bersama cili kering, bawang dan belacan yang dikisar.
4 Masukkan serai daun kesum, bunga kantan, asam keping dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
5 Perasakan dengan garam secukup rasa.
6 Ketika menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk bersama ketulan ikan sardin dan bahan hiasan. Tuangkan kuahnya. Sedia dinikmati.
Picture
Kredit gambar/resipi: Majalah Rasa

CUCI HANDBAG SAMPAI BERSIH & PUAS HATI << KLIK SINI

KEK LAPIS SARAWAK SEDAP ADA DI SINI
<< KLIK SINI


DOBI & CUCI CARPET AMBIL & HANTAR KE RUMAH << KLIK SINI
Comments

KUEY TEOW GORENG PEDAS

29/11/2014

Comments

 
Picture
Bahan-bahan:
500 gm kuey teow ~ cuci bersih dan toskan
1 mangkuk tauge
Daun kucai secukupnya ~ potong 1 inci
10 ekor udang sederhana besar ~ buang kepala
100 gm daging batang pinang ~ hiris kecil
2 ekor sotong ~ botong bulat
1 biji tomato ~ potong baji
2 biji telur
minyak untuk menumis

Bahan Rencah:
5 ulas bawang ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
10 tangkai cili merah ~ rendam lembut dan kisar
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan ~ jika suka

Cara-cara Penyediaan:

Telur ditambah secubit garam dan kacau.
Panaskan minyak dan masukkan telur, kacau sekejap jangan sampai masak sangat, kemudian angkat.
Letakkan sedikit lagi minyak dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili.
Tumis sampai garing dan naik bau.
Masukkan daging dan masak sampai daging empuk.
Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan kicap manis, jika tak nak letak garam masukkan kicap masin sekali. Tapi berhati dalam penggunaan kicap masin kerana sos tiram juga telah masin.
Masak sebentar sehingga sebati.
Kemudian masukkan tomato, telur yang dah masak hancur tadi, sotong dan udang.
Biar dia masak seketika, kemudian masukkan kuey teow.
Kacau beberapa kali hingga semua bahan sebati dengan kuey teow.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tauge dan daun kucai.
Gaul sebati.
Sedia dihidangkan.


CUCI HANDBAG SAMPAI BERSIH & PUAS HATI << KLIK SINI

KEK LAPIS SARAWAK SEDAP ADA DI SINI
<< KLIK SINI


DOBI & CUCI CARPET AMBIL & HANTAR KE RUMAH << KLIK SINI
Comments

    RSS Feed

    Picture
    LIKE kami di Facebook
    untuk mengetahui
    RESIPI TERKINI
    KLIK SINI

    Picture
    KEK LAPIS SARAWAK
    LEMBAP & SEDAP
    @PRIMA KEK LAPIS

    KLIK SINI
    ________________
    CUCI HANDBAG DI SINI
    HARGA PROMOSI
    CUCI SAMPAI BERSIH
    CALL 019-3193628

    ________________
    Picture

    Resipi Lain Yang Perlu Anda Cuba:

    All
    Acar Buah
    Biskut
    Cendol
    Info Menarik
    Jeruk
    Kari
    Kek
    Kek Kukus
    Kerabu
    Ketupat
    Kuih Muih
    Laksa Sarawak
    Masakan Barat
    Masakan Bihun
    Masakan Laut
    Masakan Pelbagai
    Masak Ayam
    Masak Daging
    Masak Gulai
    Masak Ikan
    Masak Ketam
    Masak Mee
    Masak Sayur
    Masak Sotong
    Masak Tempoyak
    Masak Udang
    Mee
    Nasi Pelbagai
    Pencuci Mulut
    PETUA
    Pie
    Popia
    Puding & Agar Agar
    Puding & Agar-agar
    Rendang
    Resipi Kek
    Sotong Sumbat
    Spaghetti
    Sup
    Tomyam

    Bahan Arkib:

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014

    RSS Feed

    Picture

Powered by Create your own unique website with customizable templates.