TENTANG MAKAN
  • Blog
  • Tentang Makan
  • Hantar Resipi
  • Restoran Pilihan
  • Hubungi

Pulut Mangga Thai Special

20/4/2017

Comments

 
Picture
Keenakan dan kelazatan pulut mangga thai semestinya menjadi kegemaran orang ramai. Hidangan ini amat terkenal di negara Thailand. Jom kita cuba resipi mudah Pulut Mangga Thai ini yang amat sesuai dihidangkan bersama seisi keluarga. Paling suka bila buat sendiri, pulut kasi masak betul2, jgn keras! Santan tu jgn cair sgt! Sedapppp sgt!

Bahan-bahannya :
● Bahan-bahan untuk pulut mangga
● 400 gram beras pulut, rendam semalaman
● 1 cawan santan pekat
● 1 cawan santan cair
● 2-3 sudu besar gula
● sedikit garam
● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
● 3 biji mangga Bahan untuk kuah santan:
● 1 cawan santan pekat
● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
● 1 helai daun pandan, carik dan simpul
● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan: Cara-cara untuk pulut:
1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.

2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.

4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.

5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Cara-cara untuk kuah santan:
1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.

2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

Sumber dari Viral Oh Viral
Picture
Comments

    RSS Feed

    Picture
    LIKE kami di Facebook
    untuk mengetahui
    RESIPI TERKINI
    KLIK SINI

    Picture
    KEK LAPIS SARAWAK
    LEMBAP & SEDAP
    @PRIMA KEK LAPIS

    KLIK SINI
    ________________
    CUCI HANDBAG DI SINI
    HARGA PROMOSI
    CUCI SAMPAI BERSIH
    CALL 019-3193628

    ________________
    Picture

    Resipi Lain Yang Perlu Anda Cuba:

    All
    Acar Buah
    Biskut
    Cendol
    Info Menarik
    Jeruk
    Kari
    Kek
    Kek Kukus
    Kerabu
    Ketupat
    Kuih Muih
    Laksa Sarawak
    Masakan Barat
    Masakan Bihun
    Masakan Laut
    Masakan Pelbagai
    Masak Ayam
    Masak Daging
    Masak Gulai
    Masak Ikan
    Masak Ketam
    Masak Mee
    Masak Sayur
    Masak Sotong
    Masak Tempoyak
    Masak Udang
    Mee
    Nasi Pelbagai
    Pencuci Mulut
    PETUA
    Pie
    Popia
    Puding & Agar Agar
    Puding & Agar-agar
    Rendang
    Resipi Kek
    Sotong Sumbat
    Spaghetti
    Sup
    Tomyam

    Bahan Arkib:

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014

    RSS Feed

    Picture

Powered by Create your own unique website with customizable templates.