Bahan-bahan:
500g kuey teow - digaul dengan sedikit garam & kicap pekat
4 ulas bawang putih - dicincang
1 s/b sos tiram
Beberapa titik kicap seasoning
2 batang cili padi - diketuk
7 ekor udang
Sotong - dipotong kecil
Fishcake / fishball/crabstick secukupnya
Hirisan daging ayam (optional)
Baby kailan secukupnya
1/2 batang carrot - dipotong memanjang
Sayuran lain sekiranya suka
1 biji telur - dipukul
2 s/b tepung jagung - dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan bancuhan
Garam secukupnya
Air secukupnya - untuk dijadikan kuah
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Masukkan kuey teow dan goreng sebentar. Angkat & ketepikan.
3. Dgn menggunakan kuali yg sama, panaskan sedikit lagi minyak untuk menumis.
4. Masukkan bawang putih. Tumis seketika hingga kekuningan.
5. Masukkan hirisan ayam, udang, sotong, crabstick & fishcake. Goreng seketika.
6. Masukkan air secukupnya, cili padi yg diketuk, sos tiram & kicap seasoning. Biarkan masak seketika.
7. Perasakan dengan garam.
8. Masukkan telur sedikit demi sedikit & kacau perlahan supaya telur menjadi bertali.
9. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan kuah yang diingini.
10. Akhir sekali, masukkan sayuran & biarkan mereneh seketika. Tutup api.
11. Tuangkan kuah ke atas kuey teow tadi. Sajikan bersama daun sup & bawang goreng jika suka...
Selamat Mencuba!
Kredit info: https://www.facebook.com/resepi.simple