Bahan-Bahan
Cara-Cara
Kredit resipi: FB Resepi Kek Kukus
- 250g mentega tulen
- 1/2 cawan gula halus
- 5 biji telur gred A
- 1/2 tin susu pekat manis- letak 1/2 cawan
- 70g Horlicks - letak 1/2 cwn
- 30g serbuk koko- Yatie letak 3 sudu besar
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan tepung hongkong/gandum
Cara-Cara
- Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
- Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji, pukul sebati baru tambah sebiji lagi).
- Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan.
- Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian. Bahagian 1, massukkan Horlicks, kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
- Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus. Kukuslah berselang-seli warna sehingga habis. Setiap lapisan mengambil masa 6 minit (bergantung kuat atau perlahannya api dapur)
- Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir.
Kredit resipi: FB Resepi Kek Kukus